It's 3 A.M. and I Still Feel Lonely

Walaupun aku baru balik dari buffet yang sangat mengenyangkan and the next logical thing to do ialah berkeroh sampai esok pagi, I make a point untuk tulis posting nih at 3:18 a.m malam Ahad. Waktu yg selalu aku dah selamat dilayar mimpi indah (kalaupun aku tak pegi buffet) - well, either that or aku terkejut dan bangun sebab belum Isya'. Tapi kali nih aku jaga bukan sebab belum Isya'. Ada kengkawan macam Azam dengan Pizli, mesti tengah sangka baik aku bangun malam nih untuk solat tahajud dan qiammullail. Guzz mesti ingat aku tgh workout ;-p Tapi tak jugak. Aku masih menulis at this hour sebab Shinjuku Incident.

Ye, aku tau dah berzaman cerita nih. Tapi aku baru tengok. Cerita nih aku expect pada mulanya, akan ada Jackie Chan, jadi whatever guy he is and carik pasal dengan gangster, end up circus monkey act - berpusing sana sini, somosolt, tendang pintu peti ais - the usual Jackie Chan stuff. Tapi aku dead wrong. Dalam cerita nih, dia jadi orang yg sama je macam kita semua iaitu orang yang berkeinginan untuk hidup.

Cerita dia tentang dia pendatang haram dari Tanah Besar China ke Jepun dan dia struggle nak menjalani kehidupan kat Jepun. Susah cemana pun dia, dia tetap berpegang pada prinsip murni iaitu selamatkan orang dalam kesusahan, jangan amik duit orang (even orang bagi), dan hidup cara jujur. Last sekali, atas desakan hidup, dia jadi small time crook.

The rest korang kena tengok la cerita nih. Tapi apa yang aku belajar dari cerita nih, 1. orang yang susah akan buat apa saja in desperation dan pengajaran paling penting ialah 2. terdesak macam mana pun, jangan buat jenayah walau sekecik mana pun. Sebab it'll haunt you. Kalo kita tak kena musibahnya, maybe ahli keluarga kita akan kena.

Sebenarnya banyak lagi pengajaran dalam cerita nih contohnya pengajaran buat PakLah pemimpin - you might have a good and ideal solution tapi kalo tak see it through, mmg mampos la nak jadi. Kuasa akan jadikan orang yang paling baik jadik orang yang hanyut dan mahukan lebih kuasa walau apa cara sekalipun. Tapi pengajaran yang paling best sekali ialah fahaman aku mengenai Keris Songsang memang tepat! Memang itulah yang akan terjadi, dan itulah satu caranya. *Takde sapa boleh tanya dalam komen pasal Keris Songsang.

Tengoklah cerita nih. Ada sedikit unsur ganas, seks yang ada tapi nearing non-existence, dan Jackie Chan. No tricks, no backflips, no silly kungfu, no clown - just pure Jackie Chan dan bakat lakonan sejati kepada orang-orang yang sentiasa mempertikaikan bakat lakonan sebenar dia tanpa lawak dan kungfu.

Must see!

P/S: Sapa yang tak sabar atau malas nak tengok cerita dia untuk tahu cerita nih bleh pergi ke sini - Wikipedia


blog comments powered by Disqus