Unexpected Pleasure

Well, kali nih posting pasal aktiviti kat rumah. Petang semalam aku balik awal. So Nisa decide nak tanam pokok kat tanah belakang rumah yang aku suruh mamat Pakistan clearkan tuh. Tok abah plak ada semai benih betik, so baguslah. AND aku ada toy baru. Tu je sebenarnya tujuan posting kali nih. First run camera baru aku tuh :-D


Atas nih gambar Amni tengah posing dan bersedia untuk 'menolong' mummy dia berkebun. Apa-apa hal posing dulu.


2 anak beranak sibuk menjalankan aktiviti mencabut lalang kat belakang rumah. Bukan aku tanak join, tapi aku kena mendukung seorang budak botak. Lagipun, sapa nak amik gambar?


Eh, cuba korang tengok buah mangga yang sarat masuk ke rumah aku tuh. Tu dari pokok jiran aku tuh. Tak salah aku, kalo ikut hukum, buah yang masuk dalam kawasan rumah aku, hak aku kan? kan? slluurrppp. Padahal kalo aku mintak bebaik pun, jiran aku tak kisah langsung. Buah delima dia pun dia suruh amik je. Nantilah aku amik gambar buah delima dia dan taman ulam dia. Kalo ada kesempatan (takdela tuh jawabnya).


Hah, nih dia benih pokok betik yang abah kasi. Tapi nampaknya nak kena beli cangkul dulu laa. Sebab nak tanam pokok buah nih, kalo takat gali 20cm mmg tumbanglah pokok tuh nanti. At least nak kena gali 1 kaki.


Okeh, Ilyas nak berehat sebelum mandi dan minum susu. Memang best kamera baru aku nih :-D Happy aku. Zam, kamon! Bila nak outing. Ada satu dua menda nak tanya nih. Jakun aku jadinya hehe. Motivasi behind aku beli kamera nih ialah aku miss gambar anak-anak aku membesar dan bila certain gambar jadik crappy sebab ketidakupayaan aku atau kamera, aku frust. At least pakai kamera baru nih, default dia tuh 'bolehlah diterima'. Kalo tak cantik pun sebab aku yang tak pandai.


Gambar yang kat atas-atas tuh aku edit. Gambar Ilyas tidur dengan bunga nih memang tak edit. So HOPEFULLY lepas nih dalam keadaan low light, gambar-gambar aku akan nampak decent lah if not superb. Ini pun ada beberapa keping gambar yang blur sebab Ilyas asik bergerak-gerak je. Sib baik digital. Kalo pakai filem, memang demam la aku nak membeli filemnya.

Anyway, aku akan cuba postkan seberapa banyak gambar. Tapi nih cakap-cakap orang yang tengah semangat. Tak dijamin ketepatannya. Hehe.

Tak sangka aku nih suka jugak tangkap-tangkap gambar. Aku ingatkan aku benci hobi remeh-temehmacam kena setting aperture, shutter speed, ISO, white balance, etc. Tapi aku terbeli kamera nih over PS3. Pelik kan?


blog comments powered by Disqus