Boys Day Out

Sepatutnya, sempena kenduri sepupu aku pada Sabtu raya ke-6 tuh, aku plan nak ke Penang on Thursday, duduk sana semalam, gi breakfast / coffee / lunch / tea / dinner / supper, naik lancha (beca) dan amik gambar tak ingat punya. Tapi Ilyas tak sihat, so cancel jelah. But that doesn't stop me from going on to the island and pekena nasi kandar Line Clear.

Disebabkan ayah aku ada urusan kat Butterworth, so aku kena la bawak dia gi Jumaat pagi tuh. Dipendekkan cerita, we need to go to the island untuk menyelesaikan urusan tuh. So sebab dah dekat dengan jeti, kitaorang decide nak ke Tanjung (pulau side of Penang) dengan feri jelah.

Kereta-kereta yang dah sampai dan keluar dari perut feri

Kereta aku pulak masuk perut feri

Naik feri Pulau Rimau

Orang semua cakap pasal teruknya traffic di Penang nih. Memang teruk gile. Jem tak ingat-ingat dan pemandu yang lagi kurang ajar dari pemandu KL. Even acknowledged by the local folks. Dah tau line diorang stuck kat depan, still tanak kasi aku masuk jalan dan block jalan aku. Mula lah aku menunjukkan 'gaya KL' aku. Aku sodok jugak depan dia, stop jap before speed off ke jalan sebelah. 'Ringan tulang' je aku rasa untuk mengangkat tangan dan sebatang jari, tapi tak baiklah. Dah tua-tua gini nak buat perangai Impak Maksima.

Lepas selesai urusan, first target ialah kedai nasi kandar. Ayah aku sibuk cari restoran Meera. Aku carik Hamideeyah which turns out to be kedai yang sama. Cuma ada satu masalah. Hari tuh hari Jumaat, jadinya kedai tuh tutup. Malas nak ke mana-mana, kitaorang pekena Line Clear je lah which is just 1 street away.

Which is the way to the Nasi Kandar Mr Rabbit?

Pemandangan dari Campbell Street menghala ke nasi kandar

Nih dia the legendary Line Clear nasik kandar. Tulis tutup untuk solat Jumaat, tapi belakang ...

... line dok tak clear-clear lagi ^_^!

This is a short trip. Plan abah nak ke Padang Kota next dan beli pasembor untuk Annisa. Tapi since dah tapau nasik kandar, dah cukup dah kot. Lagipun, nanti takkan kitaorang tak menolong langsung kat kenduri kan? Masa tuh pun dah 1 lebih. By the time nak sampai Kulim, dah pukul 2 dah. So kitaorang pun rush balik.

Penang nih menarik la pada aku. The fact that UNESCO dah declare sebagai World Heritage, ialah sebab memang pekan dia maintain lagi konspe bangunan tahun awal 1900 an rasa aku. Tapi jemnya akan sentiasa lah kot. Sebab takleh nak besarkan lagi jalan ke hapa. Antara yang menarik yang aku perasan kat Penang nih ialah:

1. Keaslian pekan yang hampir tak terjejas

Pekan lama

Abang beca di tengah jalan

Mana nak cari lagi kedai macam nih punya setup?

Senibina menarik

tapi yang lebih menarik ialah ...

2. Awek Penang!

Cun-cun habaq kat hang. Tengok yang kat bawah nih. Fine, kawan aku kata nih awek KL mai Penang nih, tapi masa kat Line Clear tuh, yang duduk sebelah aku, perrghhh not bad jugak. Tak mungkin awek KL cakap Penang pekat macam tuh (takde gambar sebab tak berani amik - dekat sangat).

Hot pink you!

Ok, nih bukan awek Penang. Tapi tourists yang mai semua pun nallarekek. Cun habih. Mungkin aku nasib baik hari tuh kot.

"Toksah dok buat gila nak pi kacau awek Penang pulak" - hanya itulah pesan ayahku :-( Kengkawan aku yang Penang (guys and ladies alike) semua warn aku benda yang sama. Awat cek? Hangpa makan orang kaa?

Pastu kitaorang pun on the waylah balik ke jeti.

Boring sambil nunggu feri nak sampai, aku amik gambar seskit. Ada gambar 2 orang kelasi bangla yang bekerja kat atas feri tuh.

Dia nih aku tengok yang paling rajin laaa. Sib baik dia tarik feri tuh ke tepi, kalo idak, sampan nelayan yang kat bawah tuh dah berkecai dilanggar feri

Veteran showing how it's done. Haha.

Tuh lah. Dulu sapa suruh gi sekolah? Kalo idak dah jadi nelayan berjaya. Gaya dan 100%

Bye Penang. Next year kita repeat. Kali nih ada Ilyas sekali

So that's it. Short trip to Penang. Lepas tuh kitaorang ke kenduri sepupu aku. Sambil nolong apa yang patut, skip most of the time, kitaoang stay kat Kulim Inn. Surprisingly, local authority kat sana provide free wi-fi dipanggil mybroadband! Laju gile! hehe. Pastu balik tuh singgah kat Sg Dua Char Kueh Tiaw - Telur Ayam Dibasuh (WTF?) since Nisa mengidam gile nak makan KuehTiaw kat Penang. Sedap laa.

Sampai rumah pukul 3 pagi. Memang azab aku rasa, tapi best.



blog comments powered by Disqus